Pages Fiffy

Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012 .. kenangan suka dan duka



2012 kini melabuhkan tirai, terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui. Kalaulah masa bisa di undur semula .. akan aku jadikan semua yang pahit menjadi yang terindah … kehidupan aku bermula di negeri selangor .. 


Syukur Alhamdulillah Ya Allah, hari ini masih bernafas, masih diberi peluang menikmati indahnya dunia yang sementara ini .. semoga ada cahaya kekasih-Mu Muhammad S.A.W untuk ku.. 

Ibu 

Terima kasih buat ibu yang banyak memberi support sehingga fifi berjaya kini .. tanpa ibu fifi tidak mampu berdiri sehingga ke hari ini .. Terlalu banyak pengorbanan yang tidak mampu fifi balas sehingga ke akhir nafas .. tanpa ibu fifi lemah, jatuh dan mungkin tak mampu untuk berdiri kembali .. terima kasih kerana sentiasa bersama anakmu yang sangat nakal ni .. I Love u Ibu 

Adik 

Adik-adik tanpa kamu, kakak xkan pernah belajar untuk menjadi seorang yang matang, bertanggungjawab, tegas, berdisiplin … kerana adik-adik juga buat kakak kuat untuk teruskan kehidupan … 

Opah dan atok 

Terima kasih opah kerana pernah membesarkan fifi dengan secukup kasih sayang dan perhatian, sediakan bekalan fifi ke sekolah, memberi duit belanja, menyikat dan mengikat rambut fifi selepas mandi .. terlalu banyak kenangan dengan opah sehingga takkan pernah habis untuk dicatat di sini, kenangan yang tidak akan pernah fifi lupakan selamanya .. sentiasa mendoakan opah sihat, gembira dan dipanjangkan umur ..
arwah atok fifi sentiasa panjatkan doa buat atok selagi bibir dan hati masih mampu melafazkan doa .. semoga kelak kita berjumpa di sana .. walaupun singkat masa kita bersama fifi sayang atok dan opah sangat-sangat .. 

Keluarga 

Terima buat semua keluarga terutama Mak Long, Mak Yang, Mak Ngah, Mak Njang dan semua sepupu tercinta . sentiasa memberi nasihat berguna untuk masa hadapan fifi .. sayang semua 

Kerja 

1 februari 2012 tarikh aku mula berkhidmat sebagai staff tetap di sebuah jabatan .. bermula lah kehidupan aku yang sebenar.. meninggalkan keluarga di kampung bukan lagi sebagai seorang pelajar tetapi seorang yang dewasa .. hidup berdikari di kota Selangor demi mencari rezeki buat diri ini dan juga keluarga tercinta .. 

Sahabat 

Dia adalah sahabat yang sentiasa bersama ku, menangis bersama, gembira bersama, jatuh bersama, bangun bersama, tidur bersama, makan bersama .. segalanya lah bersama .. awak bukan sahaja sahabat tapi teman yang tiada gantinya ..

Terima Kasih Siti Sakinah 

Sahabat2 yang lain pun terima kasih kat korang sebab sudi jadi kawan yang baik .. nak sebut satu persatu memang ramai .. hehe .. korang tetap dalam hati .. best friend forever ..



w_a_n

Terima kasih kerana sentiasa ada ketika saya dalam kesedihan, kesusahan .. 
Terima kasih buat saya gembira sepanjang perkenalan kita .. 
Saya sentiasa doakan awak bahagia selamanya ..
Moga Allah balas segala kebaikan awak ..



Kenangan 

Tam hampir bertahun kita bersama .. 2012 tam tinggal kan aku untuk selamanya .. Tam sayang maaf jika ada yang kurang selama kita bersama .. harap kita dapat jumpa di sana .. tak kan pernah ada pengganti selain tam dalam hati ini .. rindu tam setengah mati :’( tolonglah hadir walau di dalam mimpi agar terubat rindu di hati ini … 

Cinta aka Faiz

Tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata ..
 mengenalimu saat paling terindah dalam hidupku ..
 Biarpun kau bukan yang pertama .. biarlah kau menjadi yang terakhir dalam hidup ku ini ..



No comments: