Pages Fiffy

Thursday, October 08, 2015

Mewasiatkan Akaun Facebook Kepada Keluarga/Rakan untuk dipadam bila Aku Sudah Tiada


ok, aku agak ketinggalan skit tentang “Legacy Contact”.
bila kawan maklum, baru sibuk nak buat, xsusah mudah je ..
Bagi aku fungsi “Legacy Contact " ni tersangatlah bagus. Bukan dah nak mati duk fikir fb lagi,
cuma bila kita dah meninggalkan dunia nanti apakah akan terjadi dengan akaun sosial kita,
gambar2 kita? sebab takda sorang pun tahu apa password kita.
Legacy contact ni bagus kerana pewaris akan sampaikan yang kita dah tidak ada di dunia dan akan menutup akaun kita ..

ok jum baca skit tentang Legacy Contact di bawah ni sumber dari - : https://amanz.my/201581079/

Legacy Contact membolehkan anda menambah rakan atau ahli keluarga untuk menguruskan akaun anda di Facebook selepas anda meninggal dunia.
Melalui fungsi ini, apabila pihak Facebook menerima info berkenaan seseorang yang telah meninggal dunia mereka akan mengubah status akaun tersebut, sekaligus memberikan akses kepada penama pada “Legacy Contact”.

Penama tersebut boleh pin akan sesuatu kemaskini pada Timeline, memberikan respon kepada permintaan rakan baru, dan pada masa yang sama mengemaskini gambar profil anda. Namun, Facebook tidak memberikan akses untuk penama tersebut membaca mesej-mesej anda, ataupun mengemaskini status dan menulis dengan menggunakan akaun profil pengguna yang telah meninggal dunia.

Facebook dilihat memperkenalkan fungsi ini secara berperingkat kepada semua, dan mungkin ia akan mengambil masa beberapa minggu sebelum semua menerimanya. Untuk menyemak sama ada akaun anda telah menerimanya atau sebaliknya, anda boleh ke halaman Settings > Security dan memilih Legacy Contact.

ok apa lagi, Jum la kita buat .........

Tutorial seperti di bawah .. pakai pc, tablet and fon pun boleh ...

ni guna handfon :-



dan di bawah ni pula guna pc/laptop :-

1 ) bukalah akaun anda seperti biasa, kemudian click settings


2) sila pilih security dan click Legacy Contact


3) boleh pilih keluarga/rakan yang anda rasa boleh dipercayai

4) Masukkan nama ke dalam kotak seperti di bawah kemudian click "add"


5) Keluar paparan seperti di bawah, baca segala mesej yang diberi dan kalau rasa ok apalagi click la send


Selamat mencuba dan silalah share