Pages Fiffy

Saturday, February 09, 2013

Buat Kaum Hawa





Ada orang waktu zaman persekolahan dulu dia taat menutup aurat. Bila tamat sekolah mula buka aurat .. 
Nauzubillah..

Ada pula yang tidak bertudung waktu sekolah dulu tapi bila mula bekerja sudah mula mendapat hidayah untuk menutup aurat ..  Alhamdulillah ..

Siapa pun kita waktu dulu, tutup buku. Buka lembaran baru. Ada hikmahnya Allah memanjangkan umur kita hingga ke hari ini. Selagi masih bernafas, tutuplah aurat kita bermula hari ini dengan sempurna.

Di waktu malaikat masih bertugas mencatit amal kebaikan kita berubahlah untuk kebaikan .. 

Jangan jadikan hari tubuh kita dibaluti kafan dari hujung kepala hingga hujung kaki untuk dikebumikan sebagai HARI PERTAMA kita menutup aurat.

Ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
 Jika tidak berubah sekarang, bila lagi ???

renung-renungkan  ..
memperingati diri ini sendiri yang kadang kalanya
hanyut dengan fesyen dan kecantikan dunia



Monday, January 21, 2013

Berjanjilah pada diri sendiri untuk selalu bersukur atas semua Kurnia-Nya




Hanya di Syria. Gambar yang amat menyentuh hati
Budak ini menangis kerana angin telah meniup makanan yang ingin dijualnya,
 yang mana hasilnya adalah untuk menyara dia dan keluarganya.
Kita kat Malaysia, nasi lemak takde timun dah mengamuk.
 Hayati gambar ni untuk muhasabah diri
Berjanjilah pada diri sendiri untuk selalu bersukur atas semua Kurnia-Nya...


Gambar ni copy dari facebook yang telah di share ..
Perasaan mula-mula tengok gambar ni sangat tersentuh
 sehingga tak sedar yang air mata ni sedang mengalir ..
 Gambar ni betul-betul mempunyai seribu maksud yang dapat buat aku sedar ..




Tuesday, December 11, 2012

Jagalah Diri



Mata kau berhenti menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali

Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya

Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya

Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya




norfaiz muntaha & fifi athira