Pages Fiffy

Wednesday, July 31, 2013

Mister Potato




♫ Mister Potato ♪ Mister Potato ♪ Mister Potato ♬

Dah kenapa dengan mister potato ???

Entry kali ni sebenarnya saja nak perkenalkan
 cikedis kegemaran .. di masa ingin mengkudap-kudap


semua tau dah kan mister potato ni mempunyai pelbagai perasa
so tak payah cerita panjang lebar 
kalau nak tahu juga 
like page >  MISTER POTATO FB
ataupun layari > KLIK MISTER POTATO WEB


bila bosan menunggu seseorang, mula lah mencari sesuatu



yeaahhhhh muka bahagiaaaa


gedik kemain tak sabar nak ngaappp



ewww rasa nak baling dart kat muka sendiri


yummyyyy


ok cukup lah .. 



bye .. bye .. assalamualaikum


Tuesday, July 30, 2013

Majlis Berbuka Puasa First Year with SPaQ




Assalamualaikum and hye belogerssss

Today saya berbuka puasa bersama Unit kerja saya ..
Majlis berbuka puasa ni saya yang arrange
so atas undian ramai tempat yang dipilih
STEAMBOAT ANTARABANGSA BANDAR BARU BANGI
(belakang rumah saya je )
memandangkan harga berpatutan untuk buffet ramadhan
Dewasa : RM27.00 nett
Kanak-kanak : RM14.00 nett ( 4 - 10 tahun )
so tempahan untuk 35 orang telah dibuat awal

ok nak cerita sikit :-)
bulan ramadhan ni saya habis kerja awal
4.15 dah boleh balik rumah
memandangkan tempat berbuka puasa dekat 
dengan rumah ingat nak pergi lewat sikit dalam pukul 7
tengah rilex-rilex lipat baju tiba-tiba
terasa nak pergi awal
saja nak cek harap semuanya ok
walaupun dah confirm dengan pekerja kedai
6 suku saya pergi
saya tanya la mana tempat yang di book atas nama fifi
untuk 35 orang
lepas tu dia tunjuk bawah khemah kat luar
saya plakkk oh myyyy
eh saya inform bos awak nak tempat dalam
yela belah dalam sejuk sikit, kerusi meja selesa
dekat dengan tempat ambil makanan, sbb saya dah book awal
sebab saya try gak duk bawah khemah luar
agak panas, nak ambil pun jauh
pekerja tu pula inform bos dia xbagi tahu pun nak dalam ke luar
sbb ramai saya bg luar, nak ubah pun tak boleh sbb semua dah di setkan
, yelah yang datang makan semuanya di book kan
kerusi meja, set grill, pinggan semuanya dah diatur awal
mereka pun kekurangan staff
duk fikir-fikir ish cam mana ni
tak leh jadi ni
saya pun terus memujuk-mujuk-mujuk-mujuk
adik kedai tersebut untuk pindah dalam
tak boleh juga sebab makan masa nak ubah semua balik
pujuk lagi .. pujuk .. pujuk .. pujuk
alhamdulillah adik yang baik hati tu pun bersetuju untuk
bagi kiteorang tempat di dalam .. syukurin 



 ok ni je gambar yang sempat diambil
kelam kabut dengan orang ramai, sempit..
mencelah celah je amik gambar


 ni family manager saya kak eileen


cik pah makan pun nak ROCK yeahh yeahh 
 Zai bersama En suami dan 2 anak buahnya
Dorang ni kesayangan aku " zai & cipahz"





 cik pah xyah nak buat muka sangat .. taw la kenyang



en shahannif dan Ustaz Azmi dan anak-anak


 family kak riny .. sambil memasak sempat lagi peace ✌ yoo



family kak azleen, kak huieda dan kak jura




family my Ladybos Prof Madya Dr Bahisham


alamak mak cik kuat makan ni la saya ..
 memang panas, muka berminyak, mata pedih kena asap
yelahh bersauna di hadapan periuk panassssss
thanks cik pah snapkan saya 1 jerrr pic

ok nak tahu lebih lanjut tentang restoran steamboat antarabangsa ni
ada jenis-jenis makanan, harga dan sebagainya

untuk restoran ni saya bagi 2 bintang setengah
dari 5 bintang ★★+/★★★★★
bagi saya ok je, cuma nampak kelam kabut mungkin
 sebab terlalu ramai yela bulan ramadhan
mungkin steamboat antarabangsa
 boleh sewa di tempat yang lebih luas lagikan
dan tambah pekerja
dan makanan mungkin kene bagi lebih sedap++ lagi laaa
maksud saya nasi goreng dia ..
 sebab custmer dah tentulah yang ramainya melayu
orang melayu ni pergi mana pun mesti nak nasi
sebab bila pelanggan puas hati makanan sedap confirm masuk untuk kali ke 2

Ok .. byeee










Thursday, July 25, 2013

We Love Swimming




Assalamualaikum and hye belogeress
harini aku saja nak share aktiviti aku dan gang
 di waktu lapang
iaitu SWIMMING

yeaahhhhhhhh !! yeehaaa !! yuuhuuuu !!
ni lah bunyi kami kalau dapat terjun dalam swimming pool

ok di sini aku nak kenalkan atlet renang pertama
tak lain tak bukan

1. cik fifi athirah

ada gaya perenang tak .. hihii ;-)

ok .. aweks yang sedang kusyuk berenang ni ialah saya sendiri
saya amat meminati sukan renang sejak dari bangku sekolah lagi ..
saya memang pantang nampak air 
waterfall ke, swimming pool ke , laut ke 
kompem nak terjun ..
apa-apa sukan berkaitan dengan air memang saya teruja ..

ok tu je laaa
nak cerita pasal kawan-kawan lak

dorang kat bawah ni teman sekerja, seopis dengan saya
habis je time kerja
tepat 5.15 
muka kami berempat laju je cabot meninggalkan ofis
menuju ke kolam renang ..
 kat tempat kami kerja ada kolam renang tau ..

ok atlet renang ke 2, ke 3 dan ke 4

cik Hassuifah Jasman
cik pah ni pegawai di opis saya
tapi kat luar opis boleh tahan jugak aksi nya


muka excited baru pandai berenang .. 
cik pah ni cepat belajar ..
hari pertama dia dah pandai berenang ..
kat bawah ni aksi cik pah berenang tanpa berjalan di dalam air
syabas cipah


ni yang bertanda merah tu puan Zaihasra Khalid
orangnya kecil kecil cili api
tapi tak pas berenang walaupun di ajar 
berkali-berkali teknik tarik dan hembus nafas oleh cik lizza
takpela puan zai teruskan usaha sampai berjaya ye ..

  
yang bawah ni pula cik Lizza yantie
cik lizza ni student upm lulusan degree in ekonomi
yang time ni tengah praktikel kat opis kiteorang
cik lizza ni dari mula aku kenal dia memang gila2 orangnya
dia boleh berenang, cuma tak boleh sampai ke tempat yang 
lebih dalam dari ketinggian .. 
cik lizza ni dah habis praktikel ..
dia pun dah balik nogori
boleh la praktis berenang di pantai pord dickson ye selalu
kalau rindu nak swimming ngan kiteorang datang la ye




ok jom layan pic syok sendiri dari dorang ni






















hahahaa berlakon je dorang ni ..
perlbagai aksi kuak lentang dan gymrama dari dorang ni ..
layan jelaaa ye ..
sobs sobs pic aku ada 1 je sebab aku la
 camerawoman tak berbayarnya ..

ok bye