Pages Fiffy

Monday, July 13, 2015

Assalamualaikum, salam ramadhan ....
Dah lama tak update buku 555 ni .....
mane taknye, type suku save kat drafts .....
almaklumlah sejak ada anak ni kan ......
masa yang ada sangat2 lah berharga ......


ok bulan2 puasa ni, kadang waktu sahur tak terasa nak makan nasi
so nak sharelah resepi pizza segera



1 - Roti Gardenier potong dua ala2 roti sandwich kemudian susun dalam pinggan bulat
2 - potong cheese dan tutup belahan roti seperti dalam gambar
3 - sapu prego pada roti
4 - taburkan mushroom dalam tin, sosej, bawang merah, daging burger (goreng terlebih dahulu dan hancurkan), mix vege, chili sos, mayonis dan keju diparut 
5 - Masukkan dalam microwave oven dan bakar sambil intai2 tgk dah masak ke belum ..
6 - Potong ikut potongan pizza dan makan ...



Wednesday, December 24, 2014

Photoshoot Newborn baby



Cinta Photography Makeup - Photoshoot hero mama Fatim Rahman Bin Norfaiz
Gambar oleh : Papa fatim


Semoga fatim menjadi anak soleh buat papa dan mama dunia akhirat..
Papa dan mama akan berkorban segalanya untuk besarkan fatim..
Moga Ajal sahaja yang mampu pisahkan kita sekeluarga..
Papa dan mama sayangkan fatim dunia dan akhirat, harta dan amanah pertama kami dunia ini..











Monday, December 01, 2014

CARA KEMASKINI BRIM 2015






Bagaimana cara untuk mengemaskini BR1M 2015? Berita baik buat rakyat Malaysia yang layak untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2015.

BR1M 2015: KEMAS KINI MAKLUMAT PEMOHON

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pendaftaran BR1M 2015 akan bermula pada 1 Disember 2014. Bagi memastikan permohonan BR1M tuan / puan dapat diproses dengan sempurna, sukacita diminta untuk mengemaskini semula maklumat peribadi seperti berikut:-

I. Maklumat pasangan / tanggungan;
II. Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat;
III. Maklumat akaun bank pemohon. Untuk makluman, pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun. Justeru itu, tuan / puan dinasihatkan agar dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank tuan / puan dan
IV. Untuk makluman, penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu, pemohon di bawah kategori isi rumah dan warga emas diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.

3. Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di alamat

atau dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM.



4. Kegagalan tuan / puan mengemaskini maklumat di atas akan menyebabkan permohonan tuan / puan tidak diproses. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia).

Sekian, terima kasih.




senarai bank yang dibenarkan bagi pembayaran BR1M 2015