Pages Fiffy

Owner




Fifi Athirah

Aku menulis bukan kerana nama, bukan kerana harta, bukan kerana terpaksa, bukan juga kerana sesiapa, aku menulis kerana Allah, kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia, gerbang menuju Jannah. Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..


Serahkan cintamu pada ALLAH. Kelak, kau takkan kecewa.. salurkan rindumu pada Rasulullah, nescaya kau akan merasa bahagia.. suburkan sayangmu pada Ibu Bapa, pasti kau gembira melihat mereka.. siramlah perasaan kasihmu pada Sahabat-sahabat yang mengalirkanmu ke jalan kebenaran.. bersihkanlah HATImu untuk bertemu dengan sekeping HATI suci pilihanNya..

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
 maafkanlah diriku

Allah
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
maafkan jika aku melukaimu
Moga ikatan  yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi






1 comment:

awan merah said...

Salam perkenalan..yuhuu..