Pages Fiffy

Tuesday, March 19, 2013




Di kala aku sedih sangat,
 automatik aku mencari Allah.

Aku ingat balik Allah.
 Aku nak Dia tahu aku sedang bersedih.
 Hatiku pilu. 

Perasaanku luka teruk
 akibat dengan musibah yang melanda.
Fikiranku kacau.
 Tidak tenteram aku melihat dunia.

Aku mencari-cari.
 Di mana harus aku mencari Allah?
Allah ..
Aku ingin pulang. Pulang kepadaMu Allah.

Bekas-bekas air mata yang membanjiri di segenap
 ruang muka ku sapu dengan penuh hiba.
Sudah bertahun-tahun aku mengembara
 untuk menggapai tujuan hidup.
Aku mengejar cita-citaku kononnya kerana Allah.
Padahal pada masa yang sama
 aku tidak bawa roh beragama
 berdamping dengan jasadku.

Aku tidak berkawan dengan Al Quran.
 Malah aku sibuk mencari teman & cinta duniawi.
Aku tidak ziarah masjid.
 Malah aku rajin melepak,
 dan membuat perkara yang tidak berfaedah
Aku tidak melazimi solat sunat. 
Malah aku melazimi pelbagai movie dan lagu.

Bila aku berjinak-jinak membersihkan hati,
 baru aku sedari.
 Allah tidak ke mana-mana. 
Dia bukan tinggalkan aku.
 Aku yang menjauhkan diri dariNya.
 Aku yang melupakanNya.
Padahal Dia senantiasa hadir setiap saat.

"Sungguh, Kami telah ciptakan manusia dan
 Kami tahu apa yang dibisikkan hatinya kepadanya.

Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya."
Inilah firman Allah yang buat aku rasa diri ini hipokrit.

Selama ini .. kini dan selamanya 
karenah dunia buat aku menderita !!!

Kerana aku salah dalam meletakkan prioriti hidup.
 Acapkali sesuatu yang dicintai
 menjadi sebab ujian daripada Allah.

Sebab itulah Allah kata bersederhanalah - 
Cintailah sesuatu berpada-pada ..

Bila Allah uji dengannya, mungkin aku tidak terlalu menderita.
Tidak teraba-raba untuk mencari jalan pulang.

Memang susah untuk rasa bercinta dengan Allah.
 Cinta Dia hanya akan hadir melalui mujahadah.

"Allah .. Sedarkanlah aku akan kebutaan aku memandang dunia sekalipun Engkau telah tunjukkan jalan, 
jangan Kau biar aku hanyut dalam 
perjuangan hidup yang tiada makna.
 Sungguh, apalah erti perjuangan ini tanpaMu."

No comments: