Pages Fiffy

Saturday, April 06, 2013

BUAT LELAKI YANG NAK CARI ISTERI SOLEHAH





Misi mencari Isteri Solehah..

Baru-baru ini terdengar perbualan antara seorang belia (mungkin dalam 20-an) dengan seorang Pak Cik (saya bahasakan dirinya ustaz) di sebuah masjid :

Belia : Pak cik.. Saya nak cari isteri yang solehah. Yang mampu bersama-sama bimbing saya gapai keredhaan Allah dan ke syurga-Nya. Tapi bagaimana saya nak cari ye ustaz?

Ustaz : Alhamdulillah.. Bagus niat adik tu. Tapi saya akan tanya beberapa soalan dulu kepada adik. Insya-Allah adik akan dapat ciri-ciri isteri solehah tu.

Belia : Ok pak cik..

Ustaz : Pertama sekali, dalam sebulan berapa kali adik dirikan Qiamullail dan solat malam?

Belia : Errkk.. (tertunduk sedikit).

Ustaz : Ok, mungkin berat soalan tu (sambil tersenyum). Hmm.. Dalam sehari, pernah tak tinggal solat berjemaah? Tak kira la di masjid atau di rumah.

Belia : Pernah pak cik, banyak kali jugak tinggal.

Ustaz : Ok, tak pe. Soalan seterusnya. Dalam sebulan, berapa kali adik puasa sunat Isnin-Khamis? Ada tak tinggal baca Al-Quran walau sehari?

Belia : Jarang puasa pak cik. Baca Al-Quran tu dalam seminggu pernah jugak tinggal 2-3 hari (sambil merenung wajah ustaz).

Ustaz : Dalam 24 jam sehari, adakah majoriti jam dalam sehari tu adik ingat kepada Allah? Sekarang ni, dalam hati adik tu ada Allah tak?

Belia : Allah.... (sambil tengok kalimah Allah di dalam masjid).

Ustaz : Sebenarnya pak cik ada banyak lagi soalan. Tapi memandangkan soalan-soalan ini pun adik tak dapat temui jawapan, pak cik rasa adik sendiri dah dapat jawapan tu (sambil tersenyum).

Belia : Ye pak cik.. Jauh sekali (sambil tertunduk).

Akhir sekali ustaz tu pesan..

Ustaz : Pak cik ada peringatan penting kat adik..

Belia : Apa tu pak cik?

Ustaz : Berubah dan beribadatlah kerana Allah, bukan kerana isteri solehah atau orang lain ( sambil tersenyum ).

Belia : Allah.. Baik pak cik. Saya akan cuba insya-Allah..

Berubahlah kerana Allah, bukan kerana lain, siapa tahu tak sempat jumpa isteri solehah dah dijemput Allah terlebih dahulu .. Betul takkk :) heeee


No comments: