Assalamualaikum blogger
Salam Ramadhan Al Mubarak
dua tiga hari ni tak sihat, mood pun 50/50 je ..
entahla nape .. mungkin banyak berfikir kot .. heheeee
tengah-tengah menung kosong fifi terima whatsapp dari cikgu Asm***
Cikgu Asm*** ni cikgu fifi masa sekolah rendah ..
Alhamdulillah masih contact
cikgu pun banyak sampaikan ilmu pada ex anak murid dia yang da tua ni :-)
tengah-tengah whatspp keluar isu ISTIQOMAH
ok apa yang fifi faham tentang istiqomah dalam erti melayunya adalah
Berterusan dan kekal di dalam suatu keadaan
dan dalam erti bahasa Inggeris
Standing up consistently
tengah whatsapp-whatsapp
cikgu pun berkongsi tentang satu surah yang bagus diamalkan
sejujurnya fifi baru tahu ..
Ya Allah buta ilmu fifi ni ..
LAQAD JA AKUM RASULUN MIN AMFUSIKUM AZIZUN ALAIHI MA ANITTUM HARISUN ALAIKUM BIL MU'MININA RAUPUN RAHIM .. FA IN TAWALLAW FAKUL HASBIYALLAHU LAA ILAHA ILLA HUWA ALAIHI TAWAKKALTU WA HUWA RABBUL ARSYIL ADZIIM ..
maksudnya
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
Ini adalah dari surah At-Taubah ayat 128-129 ..
Pelbagai keistimewaan yang kita boleh peroleh dari surah ini antaranya ialah :-
1 - Dibaca 7 x selepas solat maghrib, Insya Allah rezeki akan lancar
2 - Dibaca 7 x selepas solat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu hitam
3 - Dibaca 100 kali selepas solat hajat, Insya Allah mempercepat terkabulnya hajat.
4 - dan masih banyak lagi, seperti, disukai masyarakat , di sayangi, di segani kawan mahupun lawan.
lagi yang menarik bila kita amalkan surah taubah ayat 128-129 ni
yang cikgu cerita kat fifi laa
tentang kematian
bila kita amalkan surah ni setiap hari jika kita ingat dan lancar
bacaan dia insyaAllah kita masih diberi peluang
untuk meneruskan kehidupan untuk bertaubat
jika satu hari kita baca tiba-tiba
kita tak dapat habiskan bacaan, lupa, tersangkut ke
maknanya kita menghampiri kepada kematian
ada yang pernah lalui dan ianya benar tejadi ..
saya pun ada search kat google tentang surah ni ..
dan terjumpa satu blog tentang kebenaran surah taubah
boleh klik di link di bawah ni unt baca cerita dari
sahabat blog hitam putih kehidupan
sahabat blog hitam putih kehidupan
sekian Wassalam
fifi athirah anuar
2 comments:
thanks sharing.. :)
Ur welcome sahabat :-)
Post a Comment